SOKONGAN KE ATAS SKIM RUMAH IMPIAN SULTAN IBRAHIM

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ) menjunjung kasih dan ingin menyatakan sokongan penuh di atas pengumuman Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor berkenaan dengan pelaksanaan projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim yang juga merupakan hadiah harijadi Tuanku kepada warga Johor Darul Takzim sekalian.

Projek yang mensasarkan seunit rumah di bawah harga RM 100 ribu yang merangkumi rumah banglo dan berkembar dilihat sebagai suatu strategi mapan atau 'sustainable' bagi merealisasikan impian memiliki rumah pada harga mampu milik dan berkualiti.

BPPNJ yakin bahawa penawaran permulaan sebanyak 600 unit rumah ini hanyalah satu permulaan dan ianya akan ditingkatkan di masa hadapan supaya lebih ramai warga Johor Darul Takzim terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana akan mendapat manfaat.

BPPNJ juga yakin bahawa proses penawaran dan pemilikan rumah ini akan dilaksanakan secara adil dan saksama selaras dengan hasrat Tuanku Sultan.

Pada masa yang sama, BPPNJ menyeru kerajaan negeri mengambil contoh dan pendekatan yang sama dan perlulah dilihat seiring dengan hasrat Tuanku Sultan dalam memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Di kesempatan ini, kami ingin menghulurkan salam kerjasama kepada mana-mana entiti pelaksana Rumah Impian Bangsa Johor ini demi memastikan perancangan ini dapat direalisasikan untuk manfaat dan kesejahteraan warga Johor Darul Takzim.

Dr Mohd Mazri Bin Yahya
Timbalan Pesuruhjaya
Badan Perhubungan Pas Negeri Johor
22 Jamadil Akhir 1438H bersamaan 21 Mac 2017


Sumber :



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.