Mahasiswa UiTM, Ubah!
Mula dipamer pada 14 Januari 2013

Ramai yang menyangka mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sifatnya pasif dan 'lemau' di dalam sudut pengetahuan isu-isu semasa terutamanya isu yang melibatkan politik dan tadbir urus negara. Apabila sebut sahaja UiTM, kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan UiTM ini universiti United Malay National Organization. Bagaikan isi dengan kuku, berpisah tiada. Mahasiswa UiTM hari ini, tidak lagi seperti zaman Mat Sabu dan Ibrahim Ali di mana sewaktu zaman mahasiswa mereka, lantang menyatakan hak dan menentang kezaliman pemerintah.


Telah dibuka 1752 kali



Himpunan Kebangkitan Rakyat - Jom Ubah
Mula dipamer pada 13 Januari 2013

Koleksi Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Mereka hadir tanpa mengharapkan upah,
Jauh sekali mengharapkan beras sekampit.,
Ayuh bangkitlah rakyat dari Perlis hingga ke Sabah,
Tunjukkan UMNO kuasa sebenar rakyat.


Telah dibuka 2475 kali



UMNO sudah tiada Modal
Mula dipamer pada 10 Januari 2013

Cuba sahabat-sahabat teka siapakah yang pernah mengeluarkan kenyataan hukuman hudud tiada dalam AlQuran tetapi rekaan ahli feqah? Pembayang bagi soalan ini ialah, mereka takut sekiranya MCA keluar daripada Barisan Nasional. Sudah dapat jawapannya? Mereka inilah yang pada mulanya menolak hudud, kemudian takut dan bacul tatkala Soi Lek menghina Islam. Presiden MCA itu turut mengatakan sekiranya Malaysia laksanakan hudud, maka ekonomi negara ini akan jatuh merudum.


Telah dibuka 987 kali



Kenapa Himpunan Kebangkitan Rakyat ?
Mula dipamer pada 9 Januari 2013

Sabtu ini Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi akan di banjiri dengan pelbagai lapisan rakyat yang tiada lain niatnya melainkan berhimpun untuk kebangkitan rakyat. Himpunan Kebangkitan Rakyat ini bolehlah di kirakan himpunan terakhir sebelum parlimen dan dun dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13. pilihanraya yang cukup mendebarkan semua pihak. Asakan kuat Pakatan Rakyat dalam usaha menawan Putrajaya di perlekehkan oleh UmnoBN yang telah memerintah lebih 50 tahun. Rakyat sudah muak dengan istilah jangan bereksperimen dalam menentukan pemerintah negara ini kerana lebih 50 tahun rakyat masih di belenggu pemikiran kolot jahiliyah moden yang mahukan rakyat terus bodoh duduk di bawah penguasa yang zalim. Ayuh semua teman-teman inilah peluang terbaik yang kita ada untuk buktikan satu hati kita untuk menolak Barisan Nasional secara aman. Jangan jadikan sifat malas kita sebab untuk kita tidak hadir ke himpunan tersebut. PAS bersama-sama Pakatan Rakyat tidak berdiri demi demokrasi tetapi berdiri demi Islam yang adil untuk semua...


Telah dibuka 977 kali



Penggunaan nama Allah tidak wajar disalah guna
Mula dipamer pada 8 Januari 2013

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan januari 2010 yang lalu.

Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Kalimah "Allah" tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.


Telah dibuka 986 kali



'Amanat Hj Hadi' - UMNO semakin lawak
Mula dipamer pada 7 Januari 2013

Ketika UMNO menyerang Presiden PAS melalui media mereka di TV1 dan TV3 tentang "Amanat Hadi", mereka lupa bahawa ketika Tuan Guru Hj Abdul Hadi memberikan ceramahnya di Kampung Banggol , Peradong, Terengganu pada tahun 7 April 1981, beliau belum lagi menjadi Presiden PAS ketika itu. Bagaimana mungkin ucapan beliau itu boleh dijadikan "Amanat Rasmi" parti?

Serangan kepada Presiden PAS saban hari di media UMNO semakin lama dilihat semakin lawak, mana tidaknya, mereka yang bertanya tapi mereka sendiri yang menjawab.


Telah dibuka 1279 kali



Web PAS Johor Bahru Sudah Kembali
Mula dipamer pada 6 Januari 2013

Alhamdulillah web ini kembali bersiaran setelah hampir 6 bulan mengalami masalah teknikal untuk load data, insyaAllah PAS Johor Bahru akan bersama dalam denyutan perubahan rakyat yang mahukan perubahan menjelang Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Kehadiran facebook untuk pilihanraya kali ini di jangka sangat membantu Pakatan Rakyat dalam misi menawan Nusajaya dan Putrajaya. Terima kasih atas perhatian dan sokongan semua sahabat2 perjuangan...


Telah dibuka 1003 kali



Bukti isu 'Amanat Haji Hadi' tidak berkesan
Mula dipamer pada 3 Januari 2013

Jika Umno/BN menyangka isu 'Amanat Haji Hadi' yang dimainkannya sekarang ini akan berkesan dalam PRU akan datang, maka jangkaannya akan meleset di mana isu itu tidak akan berkesan kepada pengundi betapun parti nasionalis itu 'meniupkannya' setiap hari.
 
Tinjauan di kalangan pengundi di pedalaman, khususnya di Johor, mendapati isu ini tidak menarik minat mereka ketika ditinjau dan ditanyakan pendapat mereka.


Telah dibuka 908 kali



Jangan Yahudikan Maulidur Rasul
Mula dipamer pada 10 Februari 2011

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan di dunia ini sebagai rahmat untuk seluruh alam. Kewujudan Nabi itu sendiri adalah pelengkap kehidupan kita dalam erti hidup beragama dalam mencari redha Allah di muka bumi ini dengan mendengar ajaran dan suruhan Nabi SAW yang didatangkan wahyu oleh Allah sebagai petunjuk manusia dalam mencari kebenaran.

Orang yang tidak cintakan Nabi Muhammad SAW adalah orang yang bangkrap dan rugi bukan sahaja didunia malah hari kiamat. Nabi sendiri dalam sejarah peradaban dunia telah diiktiraf sebagai manusia nombor wahid yang paling berpengaruh di muka bumi ini mengatasi orientalis dan cerdik pandai mereka-mereka yang pernah hidup dan lahir yang juga digelar 'extra ordinary human'

Dalam kita menyambutnya pastilah ada pelbagai rupa dan gaya manusia persembahkan mengikut kefahaman yang mereka rasa betul dan adakalanya terkhilaf dan lupa bahawa perbuatan bid'ah yang hasanah ini boleh menjadi bid'ah dalalah. Banyak untuk kita senaraikan di sini dan boleh di kongsi bersama. Manusia beranggapan betul dalam semua hal walhal mereka sebenarnya di belit oleh Iblis.

Sebagai contoh, kutipan derma dan sumbangan yang tidak diurus dengan betul. Belanja dengan mewah, melampau dan akhirnya membazir dengan kata mereka ini kan Maulid Nabi, kita mesti buat yang paling 'special' dan terbaik. Sesetengah masjid dan surau memang hebat hingga berjaya mengutip derma lebih dari belanjawan dan perbelanjaan sehingga pening jawatankuasa pentadbiran untuk disimpan ke tahun hadapan. Makanya timbul istilah baru derma untuk Maulidur Rasul dan Kebajikan.

Lihat pula orang yang menyiapkan makanan, mereka ini sesetengahnya rasa dan hebat macam syurga mak ayah dia yang punya, kebersihan tidak di jaga, percampuran lelaki dan perempuan tiada batasan, gurau senda yang melampau sehingga boleh dimajoritikan mereka ini tak dengar pun ceramah Maulidur Rasul dengan alasan sibuk menyediakan makan untuk tetamu dan jemaah yang hadir. Apa salahnya disiapkan ini semua kemudian dengar ceramah bersama-sama.

Waktu ceramah juga adalah waktu puncak anak-anak dibiarkan tanpa kawalan dan pengawasan dari ibubapa. Maka hasilnya ramai yang tidak dapat menumpukan perhatian mendengar isi ceramah dan ada kalanya menggangu dalam penyampaian ulama atau Ustaz yang berceramah.

Johor negeri yang hebat, sambutan Maulidur Rasul disini adakalanya sampai 5 bulan dan rapat hampir nak masuk Ramadhan. Begitulah semangat orang Johor yang kuat Umnonya. Sibuk menganjurkan Maulidur Rasul tetapi berpuluh tahun hidup tidak dapat juga menghayati erti sebenar kelahiran Nabi itu sendiri yang di utuskan untuk membebaskan manusia dari kebebalan jahilyah dan assobiyah sempit.

Tahun ini tema Maulidur Rasul peringkat kebangsaan ialah Satu Malaysia Satu Ummah. Di mana cacat celanya istilah ini, sudah tentulah pada 'satu'. Kerajaan yang ada sekarang ini memang tak reti bahasa agama, ini sendiri nak dilibatkan dalam agenda sempit politik Umno. Bukankah gagasan Satu Malaysia ini telah dilihamkan oleh yahudi yang berkempen Satu Israel untuk menang pilihanraya Israel.

Tolonglah Malaysia, jangan yahudikan Maulidur Rasul....


Telah dibuka 921 kali



Rugi Siapa Tak Pergi
Mula dipamer pada 9 Februari 2011


Telah dibuka 0 kali



Muka Surat  1   2   3   4   5   Seterusnya 


PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi PAS Kawasan Johor Bahru. Semua artikel di sini adalah hak mutlak PAS Kawasan Johor Bahru, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Pas Kawasan Johor Bahru dan juga ehsan dari Google. PAS Kawasan Johor Bahru tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
© 1434 / 2013 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.