- Sun, 29 January 2012
Kenyataan Media di Nusajaya
 
Demo Bantah Cadangan Jual Jcorp di perkarangan Kompleks Jaafar Muhammad (Pejabat MB Johor)
 
Munajat Selamatkan Johor dari pemimpin zalim
 
Memo berjaya diserah kepada S/U MB Johor, MB Johor cabut awal...

Telah dibuka sebanyak 35 kali
- Wed, 15 February 2012

 

 
Telah dibuka sebanyak 29 kali
- Thu, 26 January 2012

 

PAS Negeri Johor ingin mengemukan beberapa persoalan penting berkaitan dengan pengambilalihan QSR dan KFCH oleh JCorp;
 
1. Apakah justifikasi proses pengambilalihan yang melibatkan kos RM5.2 bilion sedangkan JCorp perlu menebusbayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 berjumlah RM3.58 bilion. Kenyataan akhbar juga menyatakan JCorp akan  menerbitkan bon baru berjumlah RM2.5 bilion bagi tujuan yang sama. Tidakkah proses pengambilalihan ini akan menambahkan hutang JCorp?
 
2. Kenapakah proses pengambilalihan dilakukan melalui penswastaan atau menggunakan pihak ketiga iaitu Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB)? Tindakan ini secara tidak lansung akan menyebabkan 49% saham dalam QSR dan KFCH akan dikuasai oleh pihak asing. 
 
3. Apakah sebenarnya agenda Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) mengeluarkan QSR dan KFCH dari senarai Bursa Malaysia dengan menjadikan statusnya “syarikat persendirian”? Adakah MESB cuba mengelakkan diri daripada terikat dengan peraturan Suruhanjaya Securiti (SC)? 

Telah dibuka sebanyak 75 kali
- Fri, 20 January 2012

Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kita telah berjanji untuk mematuhi perintah dan arahan parti selagi ia tidak bertentangan dengan Islam. Janji ini merupakan lumrah kepada mana-mana organisasi. Begitu juga apabila kita bekerja di sektor swasta atau awam tetap mempunyai disiplin dan peraturan yang perlu dipatuhi jika mahu berkerja di tempat ini. Perkara yang sama kita sebagai seorang muslim sudah pun digariskan oleh Nabi SAW sebagai panduan disiplin dengan agama kita yang tidak boleh  dirungkai daripada diri kita. Tidak ada makhluk yang bernama manusia hidup tanpa peraturan dan disiplin. Sekiranya manusia hidup tanpa  disiplin, maka dunia akan haru hara. Lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti yang hendak mendaulatkan Islam dan mempunyai cabaran yang begitu besar perlu mempunyai disiplin yang ketat supaya tidak ada gangguan untuk mencapai matlamatnya.

jalan


Telah dibuka sebanyak 30 kali
- Thu, 29 December 2011

JOHOR BAHRU: PAS Negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Persuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad berkata, mereka "menyerahkan" lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Johor yang diserahkan PAS kepada DAP dan PKR itu merupakan kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit," katanya kepada Bernama, hari ini.

Katanya, PAS Johor membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008.

Menurut Dzulkefly, pada 2008 PAS Johor bertanding di banyak kawasan kerana menyedari PKR Johor pada ketika itu tidak mempunyai kekuatan dan disebabkan kerana enggan memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN).

Pada PRU 2008, PAS Johor memenangi dua kerusi DUN iaitu di Maharani dan Sungai Abong.

Mengenai peluang PAS Johor pada PRU13, Dzulkefly meramalkan dengan suasana politik negara pada ketika ini yang memberi kelebihan kepada PR, ia mampu membuat kejutan dengan "memecah kubu BN" di Johor.

"Kita berkeyakinan jika 'gelanggang pertandingan adalah sama rata,' Pakatan Rakyat Johor mampu memenangi sekurang-kurangnya 29 kerusi DUN untuk memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri," katanya.

Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN.

Kata beliau, senarai calon-calon PAS Johor yang akan bertanding pada PRU13 telah pun siap, tetapi ia perlu diperakui oleh kepimpinan parti pada peringkat pusat. - BERNAMA


Telah dibuka sebanyak 78 kali
- Wed, 21 December 2011

 

 
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) merupakan tadika berteraskan Islam yang menawarkan peluang pendidikan kepada kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun di negara ini. Dengan kurikulum yang komprehensif, sistem pendidikan yang progresif dan guru-guru yang terlatih, PASTI telah menjadi pusat pendidikan kanak-kanak yang terbaik di Malaysia. PASTI ditubuhkan oleh PAS bagi melahirkan insan soleh yang pintar di negara ini.

Ia merupakan tanggungjawab PAS kepada masyarakat dalam bidang pendidikan bagi melahirkan generasi yang bertaqwa dan bijaksana. PASTI yang telah wujud lebih 25 tahun di negara ini mempunyai rangkaian cawangannya yang banyak bagi memudahkan masyarakat mendapatkan pendidikan yang lengkap untuk anak-anak mereka. Di PASTI, murid-murid dididik dan diasuh dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang dapat membangunkan rohani, intelek, emosi dan jasmani mereka mengikut acuan Islam.
PASTI akan melaksanakan beberapa inovasi dan program baru untuk murid-muridnya seperti program Pra-Tahfiz PASTI, solat dhuha, kaedah dan teknik pengajaran-pembelajaran terkini dan sebagainya. “PASTI berhasrat menjadi pusat pendidikan kanak-kanak terunggul di negara ini dan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia’, tambah beliau.

Bagi ibu bapa yang mahu menghantar anak-anak mereka yang berusia 4 hingga 6 tahun ke mana-mana PASTI di dalam Parlimen Johor Bahru, pendaftaran masih dibuka. Untuk maklumat lanjut, dapatkan maklumat dengan menghubungi 013-7224597 (Cikgu Sabariyah-PASTI Larkin Jaya), 010-7077399 (Cikgu Hafsah – PASTI Kg Melayu) dan 017-7316459 (Cikgu Huda – PASTI Bandar Baru Uda) atau email: pastijb@pas.org.my


 


Telah dibuka sebanyak 157 kali
Jundullah - Mon, 12 December 2011

Al-Fadhil Ust Imran Al-Malizi sedang menyampaikan taujihat tarbawi pasca pilihanraya

Dato Seri Presiden PAS dengan kertas kerjanya Kesepaduan Fikrah dan Amal Jamaie dalam menghadapi PRU 13
Perasmian oleh Al-Mursyidul Am PAS Teguhkan Jemaah Teruskan Jihad

Telah dibuka sebanyak 216 kali
Jundullah - Wed, 09 November 2011

Tahniah rakyat Johor, ini adalah hadiah pasca pilihanraya. Masih belum terlambat untuk rakyat Johor membuat keputusan. PAS dan Pakatan Rakyat tidak membantah pembangunan kiranya ianya bermanfaat buat rakyat terbanyak, tapi tolong jangan bebankan rakyat.

Cadangan pemaju lebuhraya EDL yang membina Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL), yang dijangka siap Januari 2012 sepanjang 8.1 km dari Pandan ke Tambak Johor untuk mengenakan caj tol sebanyak RM 9.10 adalah sesuatu yang tidak wajar.

Caj tol tersebut bakal dikenakan hanya kepada pengguna yang keluar dan masuk dari Singapura manakala pengguna EDL yang tidak memasuki negara jiran terutama penduduk bandar raya ini yang ingin ke pusat bandar atau keluar menerusi susur Bakar Batu tidak perlu membayar sebarang tol.

Sepatutnya kalau hendak di caj sekalipun hanya dikenakan kepada warga Singapura yang membawa kenderaan berdaftar dari Singapura. Rakyat Malaysia yang berkereta sejak sekian lama seperti didera bila mana kerajaan Singapura telah terlebih dahulu mengenakan caj masuk untuk kereta Malaysia ke Singapura dengan nilai 20 Dolar Singapura.(RM 48)

Biarpun kabinet Malaysia belum membuat keputusan, sekali ini satu pendekatan bijak perlu diambil kerajaan dalam menguruskan kos pembinaan lebuhraya EDL yang bernilai hampir RM 1.27 bilion tersebut. Rakyat mahukan penjelasan segera...

 


Telah dibuka sebanyak 111 kali
Arkib Isu Semasa
PAS Bukan Syiah
Konvoi & Karnival Sempena 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Johor
Ijtimak Tarbawi 2011 Melabuhkan Tirai
Johor Gelora
The time has come - Perkasakan Amal Tarbawi Menangi Pilihanraya
Pemuda PAS Johor Bahru Menyanggah Prof Dr Zainal Kling
Taqaballah minna waminkum.... 1432H
Pusingan Kedua - Sumbangan Ramadhan 1432H
Iftar, Terawih & Tazkirah Bersama Ketua Muslimat PAS Pusat
Pusingan Pertama - Sumbangan Ramadhan 1432H
Arkib Program Semasa
Kembara Hijratur Rasul Bersama Ustaz Idris Ahmad
Konvoi Anak Muda Johor Bahru ke Kluang-Ayer Hitam
Isu Hudud Tetap Menyengat
Tuntutan Korban & Akikah
Lepas One-Off, Kita Kick Off
Rumah Terbuka PAS Johor Bahru 2011
Wacana Menuju Malaysia Sejahtera
Ceramah Teka-Teki Pilihanraya???
Ceramah BERSIHkan SPR di Jalan Raya
Dialog Barang Naik, Mampukah Diturunkan...
Muktamar Menjelang PRU Ke-13
Surat Pembaca

Galeri Album

Demonstrasi Aman di Masjid Banda Baru Uda Tahun 2009
Operasi Gempur Danga Bay
Album Kenangan Dun Tenang
Perhimpunan BERSIH 2.0 di sertai oleh pelbagai bangsa demi memperjuangkan pilihanraya yang adil dan telus.

Harakahdaily
  • Semakan kehakiman TOL Lynas disebut 28 Feb

    KUALA LUMPUR, 23 Feb: Semakan kehakiman menuntut pemberian lesen operasi sementara (TOL) Lynas di Gebeng, Kuantan akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Februari ini.

  • Fokus penjelasan kepada pengundi Melayu

    KUALA LUMPUR, 23 Feb: PAS mengarahkan pimpinan dan tenaga penerangannya agar memberikan fokus kepada pengundi Melayu agar jangan percaya kepada diayah Umno yang hak mereka akan terhakis di bawah Pakatan Rakyat.



  • Syabas setuju sambung bekalan air pagi ini

    KUALA LUMPUR, 23 Feb: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bersetuju menyambung bekalan air Taman Pandan Utama 2 pagi ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar A Samad.




Tuan Guru Dato' Aziz Nik Mat
  • Datuk Seri Anwar, Palestine dan Israel
    Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu. Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan [...]

  • Jaga perasaan, Palestine Bumi Kiblat Pertama Islam
    Isu  yang menyentuh kenyataan Datuk Seri Anwar mengenai keselamatan Israel yang dikatakan menyentuh perasaan Palestine masih hangat dibincang. Saya dan PAS juga turut diasak menyatakan pendirian mengenainya. Meskipun pada awalnya saya anggap ia adalah hal peribadi Datuk Seri Anwar. Sehingga ada seorang timbalan menteri mengesyorkan agar saya ‘ditarbiah semula’. Lalu saya bersuara pada 16 Rabi’ulawal [...]

  • Menjawap Komen Dari Fuad Zakarshi
    Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat. Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM [...]


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
  • 55 tahun Islam dimartabatkan cara Umno

    PAS menyahut cabaran Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang ketika menyampaikan ucaptama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012. Wajib diketahui bahawa Islam adalah daripada Allah untuk seluruh alam termasuk manusia seluruhnya. Islam bukan ciptaan manusia samada manusia itu ahli PAS atau ahli UMNO atau bukan ahli mana-mana parti, termasuk manusia itu bertaraf ulama di sepanjang zaman dan mereka tidak diizinkan mencipta ajaran Islam sendiri. Mencipta ajaran sendiri yang dianggap setanding atau setaraf ajaran Islam daripada Allah adalah perkara syirik dosa besar. Firman Allah :

    أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21) الشورى.

    21. Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka ajaran agama yang tidak diizinkan Allah? sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.



  • Negara Berkebajikan PAS berbeza dengan Negara Kebajikan Umno

    Masih ramai yang terkeliru sehingga tidak faham perbezaan di antara negara berkebajikan dan negara kebajikan. Negara berkebajikan Islam tidak sama dengan negara kebajikan yang diamalkan di negara barat, kerana perbezaan prinsip, konsep dan matlamatnya berteraskan teori sekularisme yang berwawasan sekadar dunia sahaja seperti wawasan 2020. Negara kebajikan memisahkan urusan negara daripada agama sama ada secara total atau terpilih dan tanpa perhitungan halal dan haram serta dosa dan pahala. Selepas melakukan berbagai salah laku dan dosa, boleh hilang dengan pergi haji dan umrah atau sembahyang Jumaat. Selepas itu mengulangi semula dan kadang-kadang dengan kadar yang lebih besar berlipat kali ganda.

    Islam menjadikan kebajikan tajuk umum kepada seluruh sifat kejadian manusia, melibatkan kehidupannya dalam hubungan dengan Tuhan, manusia dan seluruh alam. Bukan sahaja amalnya kebajikan, bahkan seluruhnya hendaklah bersifat kebajikan. Bermula daripada dasar dan cara, sehinggalah matlamatnya. Maka perkataan ‘berkebajikan’ adalah memberi makna yang tersebut, sehingga meliputi dasar, konsep, amalan dan matlamat seterusnya mencapai kemuncak yang menentukan martabat manusia iaitu taqwa. Perkara ini dihuraikan oleh firman Allah:

    لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآَتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآَتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ (177 ) البقرة .

    177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.



  • PAS dan negara haram Israel

    Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad  S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.

     

    Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan  kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya  kaki para anbiya’  dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi  dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya  Isra’ dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka  yang layak memakmurkan Palastin ialah  mereka yang beriman dan budiman.

     

    Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang  penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.

     




Dr MAZA
  • Agama Sering Menjadi Mangsa
    AGAMA SERING MENJADI MANGSA Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)   Sepanjang sejarah manusia, nama Tuhan sering dijadikan alat dalam mencapai tujuan atau kepentingan peribadi ataupun puak. Sedangkan ia sepatutnya menjadi nama sakti dalam menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, malangnya digunakan untuk menegakkan kebatilan dan menghapuskan kebenaran. Perlambangan [...]

  • Inilah Manifestasi Cinta
    INILAH MANIFESTASI CINTA Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)   Cinta adalah salah satu perkara ajaib dalam hidup. Setiap yang mempunyai roh khususnya insan dahagakan cinta. Manusia hidup dengan cinta. Hidup membela cinta. Bahagia kerana cinta. Derita kerana cinta. Bahkan sanggup mati kerana cinta. Segala perjuangan atau episod [...]

  • Maaf Anakku! Mereka Tidak Mesra Denganmu
    MAAF ANAKKU! MEREKA TIDAK MESRA DENGANMU Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)   Minggu ini saya pulang sekejap ke tanahair. Bukan cuti, tetapi kerana menyambut kehadiran bayi baru. Segala puji bagi al-Wahhab; Tuhan Yang Maha Pemberi. Setiap ibubapa berdoa agar bayi yang lahir ke dunia sihat dan sejahtera. [...]





Forum Maya

NGO