Pautan Politik

  Parti Islam Se Malaysia
  Pemuda Pas Pusat
  Dewan Muslimat Pusat
  Pas Kelantan
  Pas Terengganu
  Pas Kedah
  KeAdilan Rakyat
  PAS Johor Bahru 2
  DPP Pasir Gudang
  TV Terengganu
  Pemuda PAS Johor Bahru
  TV Kelantan
  TV PAS
  Dr LoLo Ghazali
  Pusat Aduan Rakyat - Permas
  PAS Kawasan Tebrau
  Dewan Ulamak PAS Johor
  PAS Bakri - Dun Sg Abong
  Pollng Result
  N13 - Adun Sungai Abong
  N48 - Adun Skudai
  Kerajaan Johor
  Dato Seri Presiden PAS
  PAS Kota Tinggi
  Ekonomi & Perbankan Islam


Sumber Maklumat

  Penarik Beca
  Tranung Kite
  Laman M@RHAEN
  PoliticToday
  Cuti-Cuti Pangkor
  Info Dakwah & Tarbiyah
  Hansard Parlimen
  Darus Syifa
  Usrah Jihad
  Mohd Sayuti Omar(MSO)
  Kembara Minda
  Nur Aflah
  Jabatan Mufti Pulau Pinang
  Jabatan Mufti Negeri Perak
  Jabatan Mufti Johor
  Muzium - Sejarah Islam
  Galeri Bergambar PASJB
  Tarmizi Mohd Jam
  Maktabaty
  Utara Online
  Siri Kuliah Ust Azhar Idrus
  Wakil Kampus Negara
  Berita Palestin
  Bongkar - Wilayah Iskandar
  Koleksi Parlimen
  Video Politik
  Pakatan Rakyat Online
  Penyu Merah Jambu
  Kavkazcenter
  Surau Al-Insaf
  Perak Express
  Blog MB Perak - Nizar
  Peguam - Warkah Serating
  Kedah Lanie
  Pokok Demokrasi
  Faizah Azaman Online
  Islamic Knowledge
  Muhaimin Sulam


Akhbar

  Harakah Daily
  Malaysiakini.com
  Malaysia Today
  TKO Daily
  Malaysia News
  Malaysia Kini
  Al Jazeera
  AFP
  CNN
  BBC
  Memri Tv
  PAS Kemaman
  Bronx Muslim Center
  TV Antara
  Johor Buzz
  Jentera P059
  TV PAS
  Forum - TV PAS
  Light Upon Light
  Kelantan TV


Ulama

  Ust Nik Abduh Nik Abd Aziz
  Ust Abu Habeeb
  Lap Top Darul Fiqh
  Ust Zaharuddin Abd Rahman
  Ust Nasrudin At Tantawi
  Ust Dr.Wahbah Al-Zuhayli
  Nota Al-Bakistani
  Dr. Said Ramadhan Al Buti
  Syeikh Dr. Abdullah Al Khatib
  Syeikh Habib Ali
  Syeikh Habib Omar
  Yusuf Estes
  Ikhwanul Muslimin
  Al-Azhar University
  Ust Yussaine Yahya
  Ust Ahmad Awang
  Ust Riduan Mohd Nor
  Dr Yusuf Qaradawi
  Dr Zakir Naik
  Ust Mokhtar Senik
  Ust Yusof Embong
  Ust Idris Ahmad
  Fatwa Mgmt System
  Ust Mat Esa Deraman
  Ust Mohd Ubaidillah Deraman
  Dato Tuan Ibrahim
  Ust Dr Mohd Ridhuan Tee
  Ust Muhamad Ruslan
  Ust Abdullah Adam
  Dr.Mohd Asri Zainul Abidin
  Sheikh Abdullah Nasih Ulwan


Tegakkanlah Negara Islam di dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu...                                                      

Johor Bakal Muflis - PAS Mohon Sultan Johor Campur Tangan
Mula dipamer pada 9 Februari 2010

PAS mahu Sultan Johor ,Tunku Ibrahim Ismail campurtangan ekoran kedudukan kewangan kerajaan negeri itu yang didakwa sangat lemah sehingga dijangka membawa kepada muflis menjelang tahun 2012.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Hj Dzulkifli Ahmad mendedahkan, bagi tempoh tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010).

Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.


Telah dibuka 7 kali



Terkini dari 8 Kg Setinggan di Johor Bahru
Mula dipamer pada 8 Februari 2010

Kawasan ini asalnya adalah paya, dan baru sahaja selesai ditambak

Kawasan ini dikatakan akan dibina rumah flat yang terletak diantara Kg Tok Siak & Kg Hajah Hasnah

Kg Desa Melayu yang bakal dirobohkan

Persimpangan Kg Bakar Batu, Tmn Iskandar, Jln Pasir Pelangi


Telah dibuka 9 kali



Siapa yang makbul doanya
Mula dipamer pada 8 Februari 2010

Selasa ini adalah hari penentuan siapa sebenarnya Menteri Besar Perak, dikala ini semua pihak sedang berdoa, supaya Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar.

Persoalannya sekarang ini ialah siapa yang benar.....

Teringat kisah Perang Badar, Nabi Muhammad SAW berdoa, Abu Jahal juga berdoa memohon kepada Allah...akhirnya Islam juga yang menang...

Awas! jangan silap berdoa...

Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin, MB Perak

Karikatur doa untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Perak

 

Dato Seri Zambry,(MB BN-Perak) berdoa bersama Tan Sri Harussani Zakaria

Siapa yang makbul doanya, hanya Allah sahaja yang tahu dan ianya berkuasa keatas segala-galanya....

 


Telah dibuka 10 kali



Penyerahan Memorandum 8 Kg Setinggan Johor Bahru kepada Menteri Besar Johor
Mula dipamer pada 2 Februari 2010

En Abd Khir Serah Memorandum Kepada Dr Gunawan S/U Politik MB Johor
 
Penduduk kg yang hadir sepakat dengan tuntutan memorandum

Penduduk yang hadir bergambar dihadapan Bangunan Sultan Ibrahim setelah menyerahkan memorandum kepada Pejabat Menteri Besar Johor

Jawatankuasa bertindak 8 buah kampung setinggan yang diketuai sendiri oleh pengerusinya En Abd Khir Hj Mohd akhirnya telahpun berjaya menyerahkan memorandum 8 buah kampung setinggan kepada wakil Menteri Besar Johor di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

En Abd Khir ditemani oleh En Syed Othman selaku Pengerusi Induk Badan Bertindak Kg Setinggan yang juga Pengurus Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan En Rosli Kemin selaku Timbalan Pengerusi Badan Bertindak yang juga Ydp PAS Kawasan Johor Bahru dan turut serta ialah 17 orang lagi penduduk kampung.

Penduduk kampung dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Dr Gunawan Mahmood bahawa Menteri Besar sekarang sibuk berurusan dengan pihak peguam begitu juga dengan Exco Kerajaan Tempatan,Perumahan, Perancangan Kerja Raya dan Kemudahan Awam Yb Tuan Hj Ahmad Zahri Jamil yang buat masa ini tidak dapat memberi masa untuk bertemu dan memberikan penjelasan kepada penduduk berkenaan isu pengambilan tanah untuk laluan projek lebuhraya Skim Penyuraian Timur (EDL) dan projek penempatan semula.

Penduduk kampung sangat kecewa tidak dapat berjumpa dengan Menteri Besar dengan sebahagian dari mereka hari itu sanggup berkorban demi masa depan mereka akan datang dengan mengambil cuti dan meninggalkan pekerjaan semata-mata ingin berjumpa Menteri Besar untuk mengadukan masalah mereka tetapi hampa.

Penduduk kemudiannya dijanjikan pertemuan terdekat dalam masa seminggu dua ini dengan Exco Perumahan sendiri bersama pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor untuk memberikan taklimat kepada penduduk yang terlibat.

Berikut adalah isi kandungan memorandum aduan penduduk kepada Menteri Besar Johor untuk campur tangan segera dalam menyelesaikan permasalan penduduk:- 


Telah dibuka 28 kali



Lawatan Exco Selangor ke 8 Kg Setinggan di Johor Bahru
Mula dipamer pada 2 Februari 2010

Yb Iskandar Abdul Samad menceritakan kisah setinggan yang beliau tangani di Selangor

En Mazlan Aliman (Pengerusi ANAK & AJK PAS Pusat)

Penduduk sedang tekun mendengar

Tekong yang tidak kenal jemu En Syed Othman sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Badan Bertindak Setinggan di Johor Bahru

Yb Iskandar Abdul Samad Adun PAS Chempaka dari Selangor yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
baru-baru ini telahpun melakukan lawatan kerja tidak rasmi ke 8 buah kg setinggan yang terlibat dalam projek pembinaan lebuhraya EDL.

Dikesempatan itu juga satu dialog bersama penduduk kampung telahpun diadakan di Rumah Pengerusi Badan Bertindak Penduduk di Kg Desa Melayu dengan dihadiri kira-kira 60 orang penduduk.


Telah dibuka 19 kali



Kuliah Perihal Zalim Kepada Penduduk Kg Setinggan
Mula dipamer pada 2 Februari 2010

Alhamdulillah satu kuliah yang bertajuk zalim telahpun disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Johor, Ust Azlisham Azahar kepada penduduk kampung setinggan yang sekarang ini pasrah dengan ketentuan akan berpindah untuk memberi laluan kepada projek lebuhraya EDL.

Ust Azlisham Azahar memulakan kuliahnya dengan 2 potong ayat Quran dari Surah Al-Ahzab ayat 72 - 73 yang bermaksud:-

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.

(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ustaz menegaskan PAS bukannya mengambil kesempatan kerana asas perjuangan PAS ialah mardhatillah iaitu mencari keredaan Allah. Zalim itu ialah tidak adil iaitu berat sebelah tetapi adil bukan diukur dengan sama ratanya satu hal dan perkara tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Menzalimi hak manusia dengan merampas dan tidak diberikan hak yang sepatutnya adalah zalim. Perihal zalim pemerintah kepada rakyat mesti didedahkan kerana persoalan amanah adalah sesuatu yang berat untuk ditanggung oleh manusia.

Pada asasnya tidak boleh menceritakan keaiban dan keburukan manusia melainkan perkara zalim kerana ianya berkait rapat dengan hak insan dan makhluk dan disitulah pula adanya istilah hablum minallah dan hablum minannas.

Banyak lagi yang Ustaz sampaikan kepada penduduk dengan meminta penduduk bersabar dengan ujian yang datang ini dan dalam masa yang sama bermunajat memohon kepada Allah supaya orang yang menzalimi itu dibukakan pintu hati dan diberikan hidayah.

Akhirnya Ustaz menutup kuliahnya dengan berdoa supaya penduduk kampung diselamatkan dari mala petaka dan bencana dan berjaya dalam tuntutan mereka.


Telah dibuka 25 kali



Sekitar Dialog Hala Tuju Pakatan Rakyat & Jelajah Mat Sabu di Kg Desa Melayu
Mula dipamer pada 2 Februari 2010

Dato Dr Mahfodz bekas profesor Universiti Malaya, kini Pesuruhjaya PAS Johor

Hj Halim Dawam dari PKR menjawab soalan dari audien

Senyum penuh bermakna, ceria bercerita dan berhujah

Ahli panel sendiri terpegun mendengar respon dialog Hj Md Sabu

Rosli Kemin, Ydp PAS Johor Bahru juga aktivis

Syed Othman sebagai tekong (pengerusi majlis malam itu)

Saf pimpinan menanti giliran berceramah

Dato Dr Mahfodz Mohamad, minta rakyat Johor berubah

Aku nak cerita soal rasuah hari ini, syarah Hj Md Sabu

Hj Md Sabu berucap dihadapan hadirin yang ramai


Telah dibuka 20 kali



Siri 7 - Rintihan 8 kampung setinggan di dun Stulang
Mula dipamer pada 29 Januari 2010

Satu lagi siri pertemuan dengan penduduk telah berlangsung dan kali ini melibatkan wakil dari Kg Belantik dan Kg Desa Melayu. Mengikut maklumat kontraktor MRCB kawasan Kg Belantik sekarang ini adalah sangat kritikal memandangkan projek ini seolahnya terhenti di hujung Pandan.

Untuk rekod penempatan penduduk Kg Belantik sudahpun berusia hampir 62 tahun sejak sebelum merdeka lagi dan penduduk juga pernah dianugerahkan dengan lesen tol (lesen menduduki sementara) oleh Pejabat Tanah Johor Bahru dan sekarang tidak lagi disambung.

Penduduk sudah sekian lama menjadi penyokong kuat Umno dan sangat percayakan pimpinan Umno yang selama ini terlalu banyak menabur janji. Kini penduduk terpaksa mengigit jari.

Penduduk bergambar menunjukkan sejarah kewujudan kampung mereka hampir 62 tahun.

 
Orang lama ini mahukan pembelaan
salah seorang ajk cawangan Umno Kg Belantik sedang bingung

Kami mahukan Menteri Besar tolong kami

Berbincang mengatur strategi kehadapan


Telah dibuka 32 kali



Ust Md Ali Jamil selesai menjalani pembedahan
Mula dipamer pada 29 Januari 2010

Biarpun sekarang berehat terlantar di HUKM, otak beliau masih ligat untuk memajukan PAS Wilayah

Ustaz Md Ali Jamil mesra dan tabah sekalipun diuji dengan kemalangan hingga patah tangan & kakinya.
Sedikit sumbangan dari PAS Kawasan Johor Bahru(RM50 + SGD7), Dewan Pemuda PAS Kawasan Johor Bahru (RM60) & Dewan Muslimat PAS Kawasan Johor Bahru (RM50) + Hamba Allah (RM20)
 
Siapa yang hendak menghulurkan bantuan bolehlah menhubungi beliau di 019-2153131


Telah dibuka 18 kali



PAS Johor rakam takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor
Mula dipamer pada 24 Januari 2010

PAS Johor merakamkan ucapan takziah kepada kepada seluruh kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Jumaat 22 Jan 2010 yang lalu.

"Seluruh lapisan kepimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan takziah kepada KDYMM Sultan Johor dan kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada usia 77 tahun.

Kemesraan dan ketegasan Almarhum Tuanku Sultan Iskandar semasa pemerintahan beliau pastinya dikenang oleh rakyat.

 


Telah dibuka 56 kali



Muka Surat  1   2   3   4   5   Seterusnya 

 
Isu-Isu Semasa
  1. Johor Bakal Muflis - PAS Mohon Sultan Johor Campur Tangan
  2. Terkini dari 8 Kg Setinggan di Johor Bahru
  3. Siapa yang makbul doanya
  4. Lawatan Exco Selangor ke 8 Kg Setinggan di Johor Bahru
  5. Penyerahan Memorandum 8 Kg Setinggan Johor Bahru kepada Menteri Besar Johor
  6. Kuliah Perihal Zalim Kepada Penduduk Kg Setinggan
 
 
Program Semasa
  1. Jelajah Hj Mohamad Sabu ke Johor Bahru
  2. Ceramah Rintihan Setinggan di Johor Bahru
  3. Repot Polis & Sidang Media Isu Setinggan di Dun Stulang
  4. Ceramah JAIS vs Akhil Hayy
  5. Kuliah Syawal Pesuruhjaya PAS Melaka di JB & Pasir Gudang
  6. Jemputan ke Rumah Terbuka PAS Johor Bahru di Larkin Jaya
 

© 1429 / 2008 Hakcipta Tak Terpelihara. Diselenggara oleh PAS Kawasan Johor Bahru.
Segala Pandangan / Artikel / Komen / Kenyataan daripada laman web ini tidak mewakili pendirian PAS Johor dan Parti PAS khususnya.